Sudah lama saya tidak menulis entry terbaru tentang hidup saya sekarang ni...hehe
Saya baru saja meneruskan perjalanan sebagai seorang pelajar di semester ke-4. Apabila kembali ke universiti mesti penat dan letih kerana terpaksa mengemas barang-barang yang berkotak-kotak. huhu Boleh dikatakan sakit seluruh badan.
Pada semester kali ini saya mengalami sedikit masalah mengenai jadual bagi semester ini kerana terdapat banyak kelas yang bertindih dengan jadual saya. Jadi, saya terpaksa menyusun semula jadual dan dua hari berturut-berturut berbaris panjang untuk membuat "add drop" @ gugur tambah subjek. Pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu saya tempuhi bersama rakan-rakan bagi memastikan jadual untuk semester ini berjalan dengan lancar dan sebaik mungkin. Sekarang saya sudah mampu tersenyum kerana jadual saya telah kembali sempurna seperti yang dijangkakan.
~Kembali Senyum~ |
![]() |
~Azam Baru~ |
![]() |
~past & future~ |
as-salam..amboi..buat karangan ka cik kak???huhuhuhu..:-)
ReplyDeletewasalam...hehe sja ja aku nak test wat essay..
Deleteawak. saya suka entry awak. saya juga turut bersemangat cik husna :) gambatte kudasai !
ReplyDeletetq awak...gambatte kudasai too... =)
Delete