Wednesday 22 February 2012

::..SEMESTER BARU..::

ASSALAMUALAIKUM...

Sudah lama saya tidak menulis entry terbaru tentang hidup saya sekarang ni...hehe
Saya baru saja meneruskan perjalanan sebagai seorang pelajar di semester ke-4. Apabila kembali ke universiti mesti penat dan letih kerana terpaksa mengemas barang-barang yang berkotak-kotak. huhu Boleh dikatakan sakit seluruh badan.
Pada semester kali ini saya mengalami sedikit masalah mengenai jadual bagi semester ini kerana terdapat banyak kelas yang bertindih dengan jadual saya. Jadi, saya terpaksa menyusun semula jadual dan dua hari berturut-berturut berbaris panjang untuk membuat "add drop" @ gugur tambah subjek. Pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu saya tempuhi bersama rakan-rakan bagi memastikan jadual untuk semester ini berjalan dengan lancar dan sebaik mungkin. Sekarang saya sudah mampu tersenyum kerana jadual saya telah kembali sempurna seperti yang dijangkakan.

~Kembali Senyum~
Apabila mula saja semester baru, rata-rata pelajar lebih semangat dan teruja hendak pergi ke kelas. Mungkin semangat yang berkobar-kobar dapat memberi impak yang positif kepada diri kita. Jadi, pelbagai ragam manusia yang boleh kita lihat apabila bermulanya semester baru.

~Azam Baru~

~past & future~
Kesimpulannya, belajar sampai ke noktah terakhir. Selamat maju jaya saya ucapkan kepada semua. Sama-samalah kita buat yang terbaik demi memajukan diri, keluarga, agama, bangsa, dan negara. CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG!!!